Wednesday, December 15, 2010

Reka bentuk masjid

Apabila kita bercakap mengenai Masjid sudah tentu gambarannya adalah terdiri dari senibina Islam merangkumi beberapa elemen-elemen seperti menara, kubah masjid, mimbar, mihrab dan sebagainya...

Menara Masjid 

Bentuk umum dari sebuah masjid adalah keberadaan menara masjid. Menara di masjid biasanya tinggi dan berada di bagian pojok dari kompleks masjid. Menara masjid tertinggi di dunia berada di Masjid Hassan II, Casablanca, Maghribi.

Masjid-masjid pada zaman Nabi Muhammad tidak memiliki menara, dan hal ini mulai diterapkan oleh pengikut ajaran Wahabiyyah, yang melarang pembangunan menara dan menganggap menara tidak penting dalam kompleks masjid. Menara pertama kali dibangun di Basra pada tahun 665 sewaktu pemerintahan khalifah Bani Umayyah, Muawiyah I. Muawiyah mendukung pembangunan menara masjid untuk menyaingi menara-menara loceng di gereja. Menara bertujuan sebagai tempat muazin mengumandangkan azan.






Kubah masjid
Kubah juga merupakan salah satu ciri khas dari sebuah masjid. Seiring waktu, kubah diperluas menjadi sama luas dengan tempat ibadah di bawahnya. Walaupun kebanyakan kubah memakai bentuk setengah bulat, masjid-masjid di daerah India dan Pakistan memakai kubah berbentuk bawang.






Tempat ibadah
Tempat ibadah atau ruang solat, tidak diberikan meja, atau kerusi, sehingga memungkinkan para jamaah untuk mengisi shaf atau barisan-barisan yang ada di dalam ruang shalat. Bahagian ruang solat biasanya diberi kaligrafi dari potongan ayat Al-Quran untuk memperlihatkan keindahan agama Islam serta Al-Qur'an. Ruang shalat mengarah ke arah Ka'bah, sebagai kiblat umat Islam. Di masjid juga terdapat mihrab dan mimbar. Mihrab adalah tempat imam memimpin solat, sedangkan mimbar adalah tempat khatib menyampaikan khutbah.



Tempat wudhu
Dalam kompleks masjid, di dekat ruang solat, tersedia ruang untuk menyucikan diri, atau biasa disebut tempat wudhu. Di beberapa masjid kecil, kamar mandi digunakan sebagai tempat untuk berwudhu. Sedangkan di masjid tradisional, tempat wudhu biasanya sedikit terpisah dari bangunan masjid.



Mimbar atau minbar (Arab: منبر‎) adalah platform di dalam masjid di mana Imam (ketua solat) berdiri untuk memberi khutbah Jumaat. dan juga khutbah Aidil Fitri dan Aidil Adha. Mimbar yang tinggi membolehkan imam melihat jemaah yang ramai. Mimbar selalunya berbentuk seperti menara dan di atasnya berkubah ataupun berbentuk piramid. Mimbar selalunya berhias dan unik walaupun mimbar zaman dahulu hanya mempunyai tangga dan tempat berdiri. Mimbar terletak di tepi mihrab, dan kedudukannya menghadap arah kiblat (Makkah). Sesetengah mimbar pula dibina ke dalam dinding masjid. Ini membenarkan lebih banyak ruang untuk para jemaah.



Mihrab
Sebuah mihrab (dalam bahasa Parsi مهراب atau محراب, dalam bahasa Arab ألمحراب pl. محاريب), adalah sebuah ceruk di dinding sebuah masjid yang menunjukkan kiblat, iaitu arah Kaabah yang orang Islam harus menghadap sewaktu bersolat. Dinding itu digelar dinding kiblat. Mihrab memberikan tanggapan sebuah pintu atau jalan ke Mekah. Ia berbeza dalam saiz tetapi biasanya dihias penuh. Mihrab pertama wujud pada pemerintahan khalifah Umayyad al-Walid I (705–715).



No comments:

Post a Comment