Wednesday, December 15, 2010

Sejarah Azan


Bilal atau muazzin (Arab: مؤذن‎, mu’aḏḏin) adalah gelaran yang diberikan kepada orang yang melaungkan azan (seruan untuk menandakan masuknya waktu solat).
Dalam sejarah Islam laungan pertama Azan dilaungkan ketika pembukaan kembali kota suci Makkah al-Mukarramah, di mana ketika itu laungan azan dilaungkan oleh seorang pemuda yang bernama Bilal bin Rabah. Pemuda beriman yang berkulit hitam itu berasal dari Habsyah (Ethiopia).


Tahukah kita, jika adzan yang kita dengar sebagai tanda waktu solat berasal dari impian Rasulullah?. Ikutilah kisah bermulanya peristiwa azan


Pada waktu Rasulullah menetap di Medinah tahun pertama Hijrah, baginda membangun masjid dan melaksanakan solat berjama’ah. Pada waktu itu kaum muslimin selalu mengintai dan mengira-ngira waktu solat kemudian pergi ke masjid untuk mengikuti solat berjama’ah. Tetapi masalah itu tidaklah mudah, maka ada yang kadang ketinggalan solat berjama’ah atau terlambat kerana kurang mahir mengandaikan waktu.
Rasullullah berpikir tentang bagaimana cara mengumpulkan orang-orang Islam  bagi solat berjama’ah? 


Orang-orang Islam pun mulai memikirkan penyelesai untuk mengatasi masalah ini. Ada yang mengusulkan kepada Nabi supaya beliau mengibarkan bendera ketika solat tiba. Ketika orang-orang Islam melihat bendera itu, mereka memberitahu kepada yang lain, sehingga mereka semua datang ke masjid. Akan tetapi nabi tidak tertarik dengan cadangan  ini. Kelompok kedua mengusulkan agar mereka meniup terompet ketika waktu solat tiba. Namun baginda tidak tertarik dengan cadangan ini  dan baginda bersabda; “Itu adalah tradisi yahudi’. Masalah itu tetap ada dan belum ada penyelesaiannya. Lalu Abdullah bin Zaid pulang ke rumah sambil memikirkan apa yang sedang dipikirkan oleh Rasullullah. Kemudian tidur dan memikirkan masalah itu. Ternyata ia bermimpi melihat adzan.


Keesokan harinya Abdullah bin Zaid menemui Rasulullah dan berkata: “ Ya Rasulullah, sesungguhnya semalam ada orang berbaju rangkap berwarna hijau berkeliling dan bertemu denganku sambil membawa loceng. 


Lalu aku bertanya: “Hai Hamba Allah, apakah kamu menjual loceng ini?”
“Untuk apa?” katanya.
“Untuk memanggil orang-orang ke tempat solat” jawabku.
Lalu orang itu berkata: “Maukah aku tunjukkan padamu sesuatu yang lebih baik dari itu?”
“Apa itu” tanyaku.
Ia menjawab”Kamu bias mengucapkan: “Allahu Akbar Allahhu Akbar …. Sampai akhir Adzan.”
Kemudian ia berlalu, lalu berkata: “Jika hendak menunaikan shalat, ucapkanlah: “Allahu Akbar Allahu Akbar ….sampai akhir iqamat.”


Kemudian Rasulullah bersabda: “Itu adalah mimpi yang benar (hak), insya Allah. Berdirilah bersama Bilal dan bacalah apa yang kamu lihat di dalam mimpimu agar dikumandangkan olehnya. Karena suaranya lebih merdu daripada suaramu.”


Kemudian Abdullah bin Zaid berdiri bersama Bilal dan menyampakan Adzan padanya, kemudian Bilal mengumandangkannya.


Sementara itu Umar bin Khathab yang sedang berada di rumah mendengar suara itu. Ia lerus keluar sambil menarik jubahnya dan berkata: ”Demi Tuhan Yang mengutusmu dengan Hak, ya Rasulullah, aku benar-benar melihat seperti yang ia lihat (di dalam mimpi). Lalu Rasulullah bersabda: ”Segala puji bagimu.”



Oleh kerana itulah mimpi dapat menjadi salah satu cara untuk melahirkan idea-idea inovatif.

Masjid Tertua

Masjid Amru bin Ash

Masjid Amru bin Ash, Mesir, merupakan masjid pertama yang berdiri di benua Afrika. Rumah Allah ini didirikan oleh sahabat Nabi Muhammad Saw yang juga “penakluk” Mesir, Amru bin ‘Ash. Masjid yang berdiri di kota Kairo itu dibangun pada tahun 641 M/21 H. dan menjadi masjid tertua di Mesir juga di benua Afrika. Tempat wudlu di masjid itu dibagi dua. Tempat pertama bagi yang menggunakan sandal. Satunya lagi untuk jamaah yang menggunakan sepatu.


Bagian tengah masjid tidak beratap dan lantai marmernya tidak diberi karpet. Di tengah-tengah bagian masjid yang terbuka itu tersedia air siap minum. Tiang-tiang masjid yang tertata rapi membuat masjid itu jadi bernilai seni tinggi. Masjid itu sempat menjadi tempat syuting film “Ketika Cinta Bertasbih” (KCB).


Saat hari-hari besar umat Islam dan bulan puasa, masjid itu selalu penuh, bahkan hingga di luar masjid. Selain itu, masjid ini juga oleh mahasiswa Universitas Al-Azhar digunakan untuk belajar dan menghafal Alquran. Banyak sahabat dan tabi` in yang ikut serta dalam membangun mesjid ini, sehingga sampai 80 sahabat menentukan arah Kiblat, di antaranya Zubair Bin Awam, Al-Miqdad, Ubadah Bin Shamat, dan Abu Darda.


Masjid itu berbentuk memanjang, dengan panjang 28,9 meter, dan lebar sisinya 17,4 meter. Dindingnya terbuat dari batu bata, atapnya terbuat dari pelepah pohon kurma, dan ting-tiangnya dari batang pohon kurma dan memiliki enam pintu.


Masjid ini telah berulang kali direnovasi dan diperluas. Di antaranya, pada tahun 53 Hijriyah (672 M) Pangeran Maslamah bin Mukhallad al-Anshori telah memperluas masjid, kemudian diperluas oleh Pangeran Abdul Aziz bin Marwan (Gubernur Mesir ketika itu ) tahun 79 Hijriyah (698 M). Pada masa pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan, masjid itu di perbesar oleh Abdul Malik bin Thahir. Kini, panjang Mesjid Amru mencapai 120 meter dan lebarnya 100 meter. Masjid itu juga pernah diperbaiki oleh Sultan Shalahuddin al-Ayubi pada tahun 568 H/1172 M.


Masjid Amru Bin Ash bukan hanya tempat untuk shalat, tetapi juga menjadi pusat pendidikan Islam pertama di benua Afrika. Imam Syafi’i juga pernah mengajar di masjid itu.
  


Masjid Jamie' di Lahour (Pakistan)

Masjid ini telah siap dibina pada zaman pemerintahan Sultan Jahangir kurun ke 17. Keistimewaan masjid ini ialah kubahnya yang telah dibina dari batu berukir.



Masjid Jamie' Sulaimaniah (Turki) 


 Masjid ini dibina oleh Sultan Sulaiman al-Qanuni. Di dalamnya dikebumikan jenazah Salim 1, pengasas kerajaan Othmaniah. Masjid ini terletak di kawasan perkuburan di belakang Universiti Istanbul yang merupakan satu kesan peninggalan sejarah Islam yang masih kekal hingga sekarang. Masjid ini mempunyai empat buah mimbar. Batu-batu marmar yang digunakan untuk membina masjid ini di ambil dari kepulauan Marmarah, Semenanjung Tanah Arab dan Yaman. Ia dihiasi dengan perhiasan yang berwarna-warni dan seni khat hasil tulisan Ahmad Qurah dan Hasan Syalabi yang merupakan penulis khat yang termasyhur pada zaman pemerintahan kerajaan Othmaniah. Di dalam masjid ini telah dibina sebuah perpustakaan yang besar. 
Masjid Quba' (Arab Saudi)

Masjid pertama dalam Islam yang dibina oleh Rasulullah s.a.w pada tahun 1 Hijrah - 622 Masehi di Quba' sekitar 5 km di tenggara Kota Madinah. Dalam al-Quran telah disebut bahawa masjid inilah yang dibina atas dasar takwa. Pembaikiannya telah dibuat beberapa kali. Umar bin Abdul Aziz merupakan orang yang pertama membina menara masjid ini. Kini projek pembaharuan masjid ini diselenggarakan oleh keluarga Ali Saud.  


Masjidilharam (Arab Saudi) 

  
Masjid pertama yang dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail a.s pada sekitar tahun 2793 sebelum Hijrah di Mekah Mukarramah, Arab Saudi. Ia adalah masjid pertama dalam sejarah. Di dalam masjid ini terdapat kaabah sebagai kiblat Umat Islam dan tempat Umat Islam menunaikan ibadat Haji. Masjid ini telah beberapa kali dibuat pembaharuan dan perluasan serta dibina sebuah perpustakaan besar di masjid ini. Setiap tahun terdapat lebih dari 800 juta orang umat Islam mengunjungi masjid ini untuk menunaikan ibadat Haji dan tawaf mengelilingi Kaabah.  


Masjid Besar Djenné

 
Tiga Menara Masjid Besar yang dikenali ramai mengadap pasar pusat Djenné. Masjid Besar Djenné adalah bangunan bata tanah liat di dunia dan di anggap oleh ramai jurubina sebagai gaya seni bina Sudano-Sahelian, walaupun dengan pengaruh Islam yang jelas. Masjid ini terletak di bandar Djenné, Mali di dataran banjir sungai Bani. Masjid pertama ditapak ini dibina pada abad ke-13, tetapi struktur kini bertarikh semenjak 1907. Selain merupakan pusat masyarakat Djenné, ia adalah salah satu mercu tanda yang paling terkenal di Afrika. Bersama dengan keseluruhan bandar Djenné ia telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia (World Heritage Site) oleh Organisasi Kebudayaan, Sains, dan Pendidikan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization - UNESCO) pada 1988.























bersambung.......

Reka bentuk masjid

Apabila kita bercakap mengenai Masjid sudah tentu gambarannya adalah terdiri dari senibina Islam merangkumi beberapa elemen-elemen seperti menara, kubah masjid, mimbar, mihrab dan sebagainya...

Menara Masjid 

Bentuk umum dari sebuah masjid adalah keberadaan menara masjid. Menara di masjid biasanya tinggi dan berada di bagian pojok dari kompleks masjid. Menara masjid tertinggi di dunia berada di Masjid Hassan II, Casablanca, Maghribi.

Masjid-masjid pada zaman Nabi Muhammad tidak memiliki menara, dan hal ini mulai diterapkan oleh pengikut ajaran Wahabiyyah, yang melarang pembangunan menara dan menganggap menara tidak penting dalam kompleks masjid. Menara pertama kali dibangun di Basra pada tahun 665 sewaktu pemerintahan khalifah Bani Umayyah, Muawiyah I. Muawiyah mendukung pembangunan menara masjid untuk menyaingi menara-menara loceng di gereja. Menara bertujuan sebagai tempat muazin mengumandangkan azan.






Kubah masjid
Kubah juga merupakan salah satu ciri khas dari sebuah masjid. Seiring waktu, kubah diperluas menjadi sama luas dengan tempat ibadah di bawahnya. Walaupun kebanyakan kubah memakai bentuk setengah bulat, masjid-masjid di daerah India dan Pakistan memakai kubah berbentuk bawang.






Tempat ibadah
Tempat ibadah atau ruang solat, tidak diberikan meja, atau kerusi, sehingga memungkinkan para jamaah untuk mengisi shaf atau barisan-barisan yang ada di dalam ruang shalat. Bahagian ruang solat biasanya diberi kaligrafi dari potongan ayat Al-Quran untuk memperlihatkan keindahan agama Islam serta Al-Qur'an. Ruang shalat mengarah ke arah Ka'bah, sebagai kiblat umat Islam. Di masjid juga terdapat mihrab dan mimbar. Mihrab adalah tempat imam memimpin solat, sedangkan mimbar adalah tempat khatib menyampaikan khutbah.



Tempat wudhu
Dalam kompleks masjid, di dekat ruang solat, tersedia ruang untuk menyucikan diri, atau biasa disebut tempat wudhu. Di beberapa masjid kecil, kamar mandi digunakan sebagai tempat untuk berwudhu. Sedangkan di masjid tradisional, tempat wudhu biasanya sedikit terpisah dari bangunan masjid.



Mimbar atau minbar (Arab: منبر‎) adalah platform di dalam masjid di mana Imam (ketua solat) berdiri untuk memberi khutbah Jumaat. dan juga khutbah Aidil Fitri dan Aidil Adha. Mimbar yang tinggi membolehkan imam melihat jemaah yang ramai. Mimbar selalunya berbentuk seperti menara dan di atasnya berkubah ataupun berbentuk piramid. Mimbar selalunya berhias dan unik walaupun mimbar zaman dahulu hanya mempunyai tangga dan tempat berdiri. Mimbar terletak di tepi mihrab, dan kedudukannya menghadap arah kiblat (Makkah). Sesetengah mimbar pula dibina ke dalam dinding masjid. Ini membenarkan lebih banyak ruang untuk para jemaah.



Mihrab
Sebuah mihrab (dalam bahasa Parsi مهراب atau محراب, dalam bahasa Arab ألمحراب pl. محاريب), adalah sebuah ceruk di dinding sebuah masjid yang menunjukkan kiblat, iaitu arah Kaabah yang orang Islam harus menghadap sewaktu bersolat. Dinding itu digelar dinding kiblat. Mihrab memberikan tanggapan sebuah pintu atau jalan ke Mekah. Ia berbeza dalam saiz tetapi biasanya dihias penuh. Mihrab pertama wujud pada pemerintahan khalifah Umayyad al-Walid I (705–715).



Sejarah Masjid

Masjid pertama

Ketika Nabi Muhammad saw tiba di Madinah, beliau memutuskan untuk membangun sebuah masjid, yang sekarang dikenal dengan nama Masjid Nabawi, yang bererti Masjid Nabi. Masjid Nabawi terletak di pusat Madinah. Masjid Nabawi dibangun di sebuah lapangan yang luas. Di Masjid Nabawi, juga terdapat mimbar yang sering dipakai oleh Nabi Muhammad saw. Masjid Nabawi menjadi jantung kota Madinah saat itu. Masjid ini digunakan untuk kegiatan politik, perancangan kota, menentukan strategi askar, dan untuk mengadakan perjanjian. Bahkan, di kawasan sekitar masjid digunakan sebagai tempat tinggal sementara oleh orang-orang fakir miskin.
Saat ini, Masjidil Haram, Masjid an-Nabawi dan Masjid al-Aqsa adalah tiga masjid tersuci di dunia.

Penyebaran masjid
Masjid kemudian dibangun di daerah luar Semenanjung Arab, seiring dengan kaum Muslim yang bermukim di luar Jazirah Arab. Mesir menjadi daerah pertama yang dikuasai oleh kaum Muslim Arab pada tahun 640. Sejak saat itu, ibu negara Mesir, Kaherah dipenuhi dengan masjid. Maka dari itu, Kaherah digelar sebagai kota seribu menara.Beberapa masjid di Kaherah berfungsi sebagai sekolah Islam atau madrasah bahkan sebagai rumah sakit.Masjid di Sisilia dan Sepanyol tidak menirukan reka bentuk Visigoth, tetapi menirukan reka bentuk bangsa Moor.Para ilmuwan kemudian memperkirakan bahwa bentuk bangunan pra-Islam kemudian diubah menjadi bentuk reka bentuk Islam ala Andalus dan Magribi, seperti contoh lengkung tapal kuda di pintu-pintu masjid.

Masjid pertama di China berdiri pada abad ke 8 Masehi di Xi'an. Masjid Raya Xi'an, yang terakhir kali di diubah pada abad ke 18 Masehi, mengikuti seni bina Cina. Masjid di bagian barat Cina seperti di daerah Xinjiang, mengikuti seni bina Arab, dimana di masjid terdapat kubah dan menara. Sedangkan, di timur Cina, seperti di daerah Beijing, mengandung seni bina Cina.

Masjid mulai masuk di daerah India pada abad ke 16 semasa kerajaan Mughal berkuasa. Masjid di India mempunyai ciri ciri seni bina masjid yang lain, seperti kubah yang berbentuk seperti bawang. Kubah jenis ini dapat dilihat di Masjid Jama, Delhi.

Masjid pertama kali didirikan di Kesultanan Uthmaniyyah pada abad ke-11 Masihi, dimana pada saat itu orang-orang Turki mulai masuk agama Islam. Beberapa masjid awal di Turki adalah Aya Sofya(Hagia Sophia), dimana pada zaman Byzantium, bangunan Aya Sofya merupakan sebuah katedral.

Kesultanan Uthmaniyah memiliki karakteristik seni bina masjid yang unik, terdiri dari kubah yang besar, menara dan bagian luar gedung yang lapang. Masjid di Kesultanan Usmaniyah biasanya mempunyai tiang-tiang yang tinggi, jalur-jalur kecil di antara shaf-shaf, dan langit-langit yang tinggi, juga dengan menggabungkan mihrab dalam satu masjid.Sampai saat ini, Turki merupakan rumah dari masjid yang berciri khas seni bina Uthmaniyyah.

Secara bertahap, masjid masuk ke beberapa bahagian di Eropah. Perkembangan jumlah masjid secara pesat mulai terlihat seabad yang lalu, ketika banyak penghijrah Muslim yang masuk ke Eropah. Kota-kota besar di Eropah, seperti Munich, London dan Paris memilki masjid yang besar dengan kubah dan menara. Masjid ini biasanya terletak di daerah sesak sebagai pusat komuniti dan kegiatan sosial untuk para muslim di daerah tersebut. Walaupun begitu, seseorang dapat menemukan sebuah masjid di Eropah apabila di sekitar daerah tersebut ditinggali oleh kaum Muslim dalam jumlah yang cukup banyak.

Masjid pertama kali muncul di Amerika Syarikat pada awal abad ke 20. Masjid yang pertama didirikan di Amerika Serikat adalah di daerah Cedar Rapids, Iowa yang dibangun pada kurun akhir 1920an. Bagaimanapun, semakin banyak penghijrah Muslim yang datang ke Amerika Syarikat, terutama dari Asia Selatan, jumlah masjid di Amerika Syarikat bertambah secara drastik. Dimana jumlah masjid pada waktu 1950 sekitar 2% dari jumlah masjid di Amerika Syarikat, pada tahun 1980, 50% jumlah masjid di Amerika Syarikat didirikan.

Pengertian Masjid

Masjid (مسجد) ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat. Dari sudut bahasa,"masjid" bermaksud tempat bersujud.

Sejak zaman permulaan Islam lagi (Rasulullah s.a.w.), kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan, dan penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi.

Terdapat beberapa pertikaian mengenai takrif masjid. Ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid. Bagaimanapun, takrif yang biasanya diterima guna adalah bahawa masjid merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat Jumaat melebihi tiga kali.
Tempat solat yang tidak mengadakan solat Jumaat lebih dikenali sebagai surau atau musala.
Ada 3 masjid utama yang dimuliakan umat Islam :

  • Masjidil Haram di Makkah - tempat Ka'bah, kiblat solat umat Islam
 
  • Masjid Nabawi di Madinah
 
  • Masjidil Aqsa di Al-Quds (Jerusalem), Palestin

Di Malaysia, pembahagian tempat beribadat dibahagikan kepada beberapa pecahan iaitu:-
  1. Masjid Negara
  2. Masjid Negeri
  3. Masjid Daerah
  4. Masjid Qaryah
  5. Surau

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh

Alhamdullilah Blog "SAHABAT MASJID -  Jom Masuk Masjid" ini telah siap dibuka. Marilah kita bersama-sama memakmurkan rumah Allah dengan aktiviti yang boleh meningkatkan ketaatkan kita kepada Allah S.W.T disamping menyebarkan syariat Islam.