Wednesday, December 15, 2010

Masjid Tertua

Masjid Amru bin Ash

Masjid Amru bin Ash, Mesir, merupakan masjid pertama yang berdiri di benua Afrika. Rumah Allah ini didirikan oleh sahabat Nabi Muhammad Saw yang juga “penakluk” Mesir, Amru bin ‘Ash. Masjid yang berdiri di kota Kairo itu dibangun pada tahun 641 M/21 H. dan menjadi masjid tertua di Mesir juga di benua Afrika. Tempat wudlu di masjid itu dibagi dua. Tempat pertama bagi yang menggunakan sandal. Satunya lagi untuk jamaah yang menggunakan sepatu.


Bagian tengah masjid tidak beratap dan lantai marmernya tidak diberi karpet. Di tengah-tengah bagian masjid yang terbuka itu tersedia air siap minum. Tiang-tiang masjid yang tertata rapi membuat masjid itu jadi bernilai seni tinggi. Masjid itu sempat menjadi tempat syuting film “Ketika Cinta Bertasbih” (KCB).


Saat hari-hari besar umat Islam dan bulan puasa, masjid itu selalu penuh, bahkan hingga di luar masjid. Selain itu, masjid ini juga oleh mahasiswa Universitas Al-Azhar digunakan untuk belajar dan menghafal Alquran. Banyak sahabat dan tabi` in yang ikut serta dalam membangun mesjid ini, sehingga sampai 80 sahabat menentukan arah Kiblat, di antaranya Zubair Bin Awam, Al-Miqdad, Ubadah Bin Shamat, dan Abu Darda.


Masjid itu berbentuk memanjang, dengan panjang 28,9 meter, dan lebar sisinya 17,4 meter. Dindingnya terbuat dari batu bata, atapnya terbuat dari pelepah pohon kurma, dan ting-tiangnya dari batang pohon kurma dan memiliki enam pintu.


Masjid ini telah berulang kali direnovasi dan diperluas. Di antaranya, pada tahun 53 Hijriyah (672 M) Pangeran Maslamah bin Mukhallad al-Anshori telah memperluas masjid, kemudian diperluas oleh Pangeran Abdul Aziz bin Marwan (Gubernur Mesir ketika itu ) tahun 79 Hijriyah (698 M). Pada masa pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan, masjid itu di perbesar oleh Abdul Malik bin Thahir. Kini, panjang Mesjid Amru mencapai 120 meter dan lebarnya 100 meter. Masjid itu juga pernah diperbaiki oleh Sultan Shalahuddin al-Ayubi pada tahun 568 H/1172 M.


Masjid Amru Bin Ash bukan hanya tempat untuk shalat, tetapi juga menjadi pusat pendidikan Islam pertama di benua Afrika. Imam Syafi’i juga pernah mengajar di masjid itu.
  


Masjid Jamie' di Lahour (Pakistan)

Masjid ini telah siap dibina pada zaman pemerintahan Sultan Jahangir kurun ke 17. Keistimewaan masjid ini ialah kubahnya yang telah dibina dari batu berukir.



Masjid Jamie' Sulaimaniah (Turki) 


 Masjid ini dibina oleh Sultan Sulaiman al-Qanuni. Di dalamnya dikebumikan jenazah Salim 1, pengasas kerajaan Othmaniah. Masjid ini terletak di kawasan perkuburan di belakang Universiti Istanbul yang merupakan satu kesan peninggalan sejarah Islam yang masih kekal hingga sekarang. Masjid ini mempunyai empat buah mimbar. Batu-batu marmar yang digunakan untuk membina masjid ini di ambil dari kepulauan Marmarah, Semenanjung Tanah Arab dan Yaman. Ia dihiasi dengan perhiasan yang berwarna-warni dan seni khat hasil tulisan Ahmad Qurah dan Hasan Syalabi yang merupakan penulis khat yang termasyhur pada zaman pemerintahan kerajaan Othmaniah. Di dalam masjid ini telah dibina sebuah perpustakaan yang besar. 
Masjid Quba' (Arab Saudi)

Masjid pertama dalam Islam yang dibina oleh Rasulullah s.a.w pada tahun 1 Hijrah - 622 Masehi di Quba' sekitar 5 km di tenggara Kota Madinah. Dalam al-Quran telah disebut bahawa masjid inilah yang dibina atas dasar takwa. Pembaikiannya telah dibuat beberapa kali. Umar bin Abdul Aziz merupakan orang yang pertama membina menara masjid ini. Kini projek pembaharuan masjid ini diselenggarakan oleh keluarga Ali Saud.  


Masjidilharam (Arab Saudi) 

  
Masjid pertama yang dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail a.s pada sekitar tahun 2793 sebelum Hijrah di Mekah Mukarramah, Arab Saudi. Ia adalah masjid pertama dalam sejarah. Di dalam masjid ini terdapat kaabah sebagai kiblat Umat Islam dan tempat Umat Islam menunaikan ibadat Haji. Masjid ini telah beberapa kali dibuat pembaharuan dan perluasan serta dibina sebuah perpustakaan besar di masjid ini. Setiap tahun terdapat lebih dari 800 juta orang umat Islam mengunjungi masjid ini untuk menunaikan ibadat Haji dan tawaf mengelilingi Kaabah.  


Masjid Besar Djenné

 
Tiga Menara Masjid Besar yang dikenali ramai mengadap pasar pusat Djenné. Masjid Besar Djenné adalah bangunan bata tanah liat di dunia dan di anggap oleh ramai jurubina sebagai gaya seni bina Sudano-Sahelian, walaupun dengan pengaruh Islam yang jelas. Masjid ini terletak di bandar Djenné, Mali di dataran banjir sungai Bani. Masjid pertama ditapak ini dibina pada abad ke-13, tetapi struktur kini bertarikh semenjak 1907. Selain merupakan pusat masyarakat Djenné, ia adalah salah satu mercu tanda yang paling terkenal di Afrika. Bersama dengan keseluruhan bandar Djenné ia telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia (World Heritage Site) oleh Organisasi Kebudayaan, Sains, dan Pendidikan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization - UNESCO) pada 1988.























bersambung.......

No comments:

Post a Comment